.:: PoLoWer

......♥♥♥...... (57) bissnes (3) cinta (41) contest (18) dunia (10) famili (20) friends (18) giveAWAY (6) islam (6) job (25) KELIRU (7) kesedihan (29) kewanitaan (8) ku MILIK mu (29) LuckyDraw (1) RESEPI (5)

>>> Bila hatiku berbisik....

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 23, 2010

jatuh cinta

“Sebagai manusia, kita MUDAH untuk jatuh cinta”

Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri.

Bagi kaum wanita, adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.

Tetapi…

…bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan anda menganggap si dia adalah THE ONE…


Semua kita mudah untuk jatuh cinta tanpa kita sedari. Untuk jatuh cinta adalah mudah tetapi untuk menjaga cinta tersebut, perlukan tahap KESETIAANyang tinggi. Tiada manusia yang dijadikan sempurna. Kesilapan adalah proses untuk anda menemui kesempurnaan. Menemui insan ketiga di dalam hidup anda bukan kesilapan TETAPI membenarkan insan ketiga tersebut merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda itu adalah kesilapan.

Mesej kepada Insan Ketiga:

Anda adalah manusia, dan kami juga manusia. Harapan kami agar anda lebih berperikemanusian terhadap kebahagian insan lain. Cinta adalah untuk dicari dan dibina secara halal dan harmoni dan BUKANNYA dengan merampas dan menganggu kebahagian hubungan cinta insan lain.

No comments:

Post a Comment