.:: PoLoWer

......♥♥♥...... (57) bissnes (3) cinta (41) contest (18) dunia (10) famili (20) friends (18) giveAWAY (6) islam (6) job (25) KELIRU (7) kesedihan (29) kewanitaan (8) ku MILIK mu (29) LuckyDraw (1) RESEPI (5)

>>> Bila hatiku berbisik....

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

baik Lah Emak....

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


p/s petikan dr iluvislam

Monday, November 29, 2010

< syuhhhhh,,,,aduhhh P.M.S.....>

Hmmm...
What do you do to reduce the pain of your monthly flow????
I'm in pain... A LOT!!
Takleh study aku dibuatnye!
Aaaaa..... sakit..... huhuhu....

:pandaGeli_21::pandaGeli_21::pandaGeli_21:

Seperti yang kita tahu, sindrom pra-haid atau PMS (Pre-Menstrual Syndrome) dapat dikesan apabila seseorang wanita itu mudah terasa, emosional dan suka marah-marah.

Selalu kita dengar kalau perempuan marah-marah dan cepat terasa mesti dicop
"tengah period la tu", tak pun
"nak period ke, cik kak?"

Heh.

Bagi pendapat aku, benda ni bukan berlaku sebelum berlakunya menstruasi(pra-haid), tapi juga berlaku ketika sedang menstruasi dan kadang-kadangselepas menstruasi.

Soalan aku, bagaimanakah teman-teman atau kawan-kawan lelaki (yang tak paham ape yang kita lalui) menanganinya?

*Aku tujukan pada lelaki yang ade kakak, mak, adik perempuan, girlfriend, besfren pompuan bla bla bla...

Adakah diorang buat dek jer? (Ini akan membuatkan seseorang itu bertambah marah, ye kawan-kawan!)

Jadi, sesiapa yang nak berkongsi pengalaman, dipersilakan bagi pendapat. Aku nak juga tahu. Boleh juga jadi panduan bagi lelaki-lelaki lain. hehehe...

Oh ya!

Tak semua perempuan mengalami sindrom sebegini. Kadang-kadang takdelah moody sangat, atau takdelah kena senggugut ke hape ke...

Tapi most women melalui benda-benda ni.

Selalunya perempuan akan marah hanya sebab benda kecik (atau pun takde sebab langsung!) dan mudah sangat terasa hati lalu merajuk. Nak buat macam mana kan, diorang pun tak nak nampak lemah dan loser macam tu... Ingat seronok ke bila rasa lemah ni?? nampak childish giler...

But that's just how it is!

So lelaki kenalah paham.... Perempuan menjadi sebegitu sebab dah dijadikan begitu. Bukan selalu pun benda ni terjadi... sebulan sekali jer...Tak bolehkah bersabar sedikit dan layankan jer karenahnya?

eh?

Tak betul ek aku cadangkan nih???

Betulla! Sabar je la! Kenapa nak marah-marah or meluat bila perempuan moody??

Ooo... nak kawan time happy-happy je? Time susah-susah dan stress macam ni nak lepaskan diri???

Meh aku libas sesape yang beranggapan begitu!

p/s d c0py dr akak Ryehana

Friday, November 26, 2010

Bakal Teman Hidup Ku.......

ntuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

p/s : dipetik dr laman web iluvislam

Thursday, November 25, 2010

,,,My Fb0ok Deactive....


tik,,tok..tik..tok....
finally....
my muka buku [fb] dah deactive...
hahahahah
ini smua,,
hanya bersifat sementara....
anyway..
kal0 sesaper yg mrindui tu.....
sabar lah ek..
awannies wanie akn kmbali,,,
dr lara nya..
ceh ceh ceh......
* TERSENYUM KAMBENGG.....
hihihiihihiih
bila???
wait n c jer lah.....




Wednesday, November 24, 2010

...lapar...........



C.K.A vs M.A ?????

........army (RMD)........ .....marketing Supervis0r..
* terengganu* *kelantan*
*january 2010* *september 2010*
v
v
v
v
v
v
...........
♥♥ ♥♥
(¯`v´¯)
`·.¸.·´
¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸¸.·¨¯`·.♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Monday, November 22, 2010

" saat AKU mencintaimu "


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

p/s h0pe s0mebody tu tahu apa yg aku rasa tika ini....kata org

""cinta sejati adalah ketika dia mencintai yang lain, kamu masih mampu tersenyum sambil berkata " aku turut bahagia untukmu.."""

Sunday, November 21, 2010

.......nyum..nyum..nyum....


KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan

¾ cawan gula halus

1 biji telur

½ cawan minyak kelapa

½ cawan susu pekat manis

½ cawan air suam

1 cawan tepung gandum

½ cawan serbuk koko

1 camca teh soda bikarbonat

Caranya

1. Campur kan ke semua bahan

2. Adun sebati

3. Kukus selama 15- 20 minit



p/s tadaaaaa,,,,,,dh jd kek coklat kukus sy...hihihihi comei2 kann...

Sunday, November 14, 2010

.....tertipu....di tipu...menipu....????

hmm,,,,pning kepala aku,,,bayangkan,,,2 org yg berbeda,,tp punya kereta yg sama...apakah ertinya ini???
aku salah lihat 0r emang knyataan sih???
tp tu lah yg aku rsa sejak kaki ni melangkah masuk ke DBL 2234,,,,berdasarkan firasat aku,,,kereta tu dah masuk 4x aku naik,,,tp dgn org yg berlainan,,,siapa kah owner sbenar????
mr. Nag0 or mr. JACky???? aku x tau....tp semasa hangout dgn mr,Nago..dia pnah bilang,,ini kereta mmber,,so????
adakah ini Mr. Jacky yg punya????aku msih tak tau....

Thursday, November 11, 2010

sEmAnGkOk Kuah

ary niey last dayz kat Parit Buntar,PErak....
selama sebulan kat cnie ako0 jarang g kuar mkn,,,
smua msti masak or makan kat kantin jerp,,tp mentang2 rini last,,s0 aku..
makan banyak wo00.....
BiSMILLAHirrahmanirrahim,,,,,
jemput makn kengkwan,,
nyumm,,nyummm



nasi ayam + cendol pulut + seri muka/ tepong talam ubi kayu

= RM 6.50




_Set AYAM_

* nasi putih
*ayam goreng
*gulai bendi
*sambal kicap + sambal belacan
*ulam-ulam

= RM 4

Wednesday, November 10, 2010

Kerana Mu Ku Sanggup......



heheheheh..jgn pkir bukan2 naaa..*wink.....
keranamu ku sanggup....tu bkn wat seseorg taw..tu juz metaf0ra...(eh bt0l ker??lpa dah bhsa sastera nih..) actually ,,td aku g ButterW0rth sengsorg,,,d ulang lgi,,SORG2..means ......tanpa d temani sesaper,,kcuali driver bus n pnumpang2 lain ler,,hihihihihi....dah lah tempat tu aku x rajin g..bdasarkan firasat hati,,n sdikit gambaran dr cik Nisaa',,,,,aku akhir nya smpai ke tempat asing tu tnpa d temani sesaper...nak tau tjuan aku ke sana???
hanya kerana__________________


Jeruk,,,,,penang mai.......



,,,sebagai buah tangan utk mama n abah aku...dorg mmg suka jeruk terutamama ABAH.....
mesti abah aku sukaaaaaaaa....

mesti ramai yg x sangka kan...termasuk HAKIMI,,,member fb aku yg aku jmpa,,dia x sgka aku berani mai sna sorg2..hihiihihih....[[[kimi...ni wanie lah,,,,,u noe me,,,,]]]]

mama pon x sangka jgk aku g sana....cuma yg aku pegang ,,kata2 mama,,,AL0Ng jaga diri,,tempat org,,,>>>>>
"mama niey,,mcm x kenal anak dia yg sowg ni,,dr dlu g suker g memaner sengsorg,,"'
mama ckap,,kamo00 tue PEREMPUAN....

s0?????
salah ker???
mama,,,,along tau jaga diri mama....


p/s tggu taw..ary sabtu nant aLONg smpi kat umah,,,,KUANTAN..wait me......

Tuesday, November 9, 2010

[C]inta [B]ukan [S]ekadar [K]ata-[K]ata [I]ndah.






what is the real meaning of "loving"?

you can say it a hundred times. everyone can do that. "i love you." yeah. and you believe it. everything’s fine.

but it’s not like that. it’s not as easy as saying it.

somehow we don’t need words. we need proofs.

love is about caring about your partner, not just pretending to be.

love is about respecting your partner no matter what they do. as long as it’s good for him/her.

love is about being more understanding after one fight.

love is about forgiving for any mistake(s) your partner has done. but maybe somehow it’s hard to get rid of it.

love is sharing feelings for each other.

love is being patient with your partner.

love is a sacrifice.

but love is understanding. if you can understand, why should you sacrifice?

i guess true love needs no victim.

hmmmm. i’m getting confused by these loving things.

have you been a good lover?

Sape cakap sabar tu perlu limit???

sape cakap? seminggu dua ni kesabaran agak teruji. tahap sensitif tu makin tinggi. memang cepat je terasa. tapi bila terasa je terus cepat cepat aku pikir positif. takmau nak paranoid bagai. nak bertingkah cakap pun taknak. kalau betul ke salah ke, aku biarkan je. penyabar jugak aku ye. Hehehehe......

perlukan support. perlukan cheerios. perlukan penenang.[ i NEEDs.......]

semakin hari semakin tipis kesabaran. bukan disebabkan study case atau submissions or even finals, tapi disebabkan sekeliling yang semakin lama semakin menguji level kesabaran aku. aku tak harapkan apa apa. aku tak mahu memberi alasan. aku juga tidak mahu mendengar alasan. I need an escape. bukan semata mata kekunci ESC kat laptop.

p/s. aku memang macam ini. aku MEMANG macam ini. aku akan SENTIASA jadi macam ini. perubahan tu memerlukan masa, bukan PERsatuan Ukur BAHAN saja yang boleh set masa, kalau aku suruh kau berubah, demi aku, will you? exactly. ~~~~~~~~~~~~~


MaKAN ITu SeDaP TP mAKaN HAti POn Sedap......


So,first and foremost.Tujuan aku tulis blog kali ni atas sebab hati aku yang semakin keliru.Semenjak dua menjak ni aku rasa macam diri aku ni kosong,empty,hollow…Maksudnya,aku perlukan seorang kawan yg mampu berada di samping aku setiap masa,boleh mendengar ape yang aku nak cerita,dan bile aku berada kat samping kawan aku tu,aku rasa selamat nak cerita apa2 jer….tapi malangnya kawan macam tu aku tak ade…apakan daya.

Bagi aku,seorang kawan yang mempunyai kualiti macam nie umpama mencari berlian yang dicanai sempurna…..senang cerita jarang,rare,redko…..aku tak pernah jumpa lagi kawan yang boleh duduk kat samping ko anytime pastu ko bleh cerita jer semua benda…pour out.Bukan ape,aku memang tak ada kawan yang bebetul rapat dengan aku.Apatah lagi roomate aku,jimmy dgn bob…aku x knal diorg hingga aku bleh percaya nak cerita apaper jer….dan belum tentu lagi kalau aku cerita benda tu semua kat diorg aku rasa selesa…sebab sesorg x reti nak bagi positive response.

So aku rasa sampai sini jelah kot.Aku rasa lega sket sebab aku dapat cerita pasal benda nie kat sini.Dalam erti kata lain aku mmg perlukan kawan macam nie,tapi aku x jumpa2 lagi.Huurmmm.

-ThE enD-


Monday, November 8, 2010

>> wInDu nYer


wif M YoUNGEsT sys....AbBy

My 0nLy liTtlE 'HeR0"


My dear brother and sister it's time to change inside
Open your eyes...Don't throw away what's right aside
Before the day comes when there's nowhere to run and hide
Now ask yourself...cause Allah's watching you



..Ingin Ku Melompat Mencapai "mangga" Itu....

ayat aper ni?????
huhuhu...