.:: PoLoWer

......♥♥♥...... (57) bissnes (3) cinta (41) contest (18) dunia (10) famili (20) friends (18) giveAWAY (6) islam (6) job (25) KELIRU (7) kesedihan (29) kewanitaan (8) ku MILIK mu (29) LuckyDraw (1) RESEPI (5)

>>> Bila hatiku berbisik....

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 29, 2011

KMC...call me

lastly....
setelah 3bulan menganggur,,,,,
15.34pm....
panggilan dari KMC utk interview,,,
hihihiihihihihi....
next Thursday,,,
7hb April...



wish me Luck k...
i need da job.

Saturday, March 26, 2011

happy earth hour.......

Earth Hour merupakan kempen bermotifkan selamatkan bumi yang dianjurkan oleh WWF juga dikenali sebagai World Wildlife Fund.Aktiviti kempen ni selalunya diadakan pada setiap hari sabtu pada bulan Mac setiap tahun,Pada tarikh ini selalunya lampu akan dipadam selama sejam untuk menghayati tentang perubahan iklim yang amat ketara berlaku pada bumi sekarang ni.


Earth Hour adalah program berunsur kecintaan alam yang pada mulanya dilaksanakan di Australia. Melihat inisiatif mulia ini, program ini mula dilakukan kalau tak silap di 38 negara. Program ini terus berkembang menjadikan peserta negara dunia meningkat kepada 128 negara. Seluruh dunia akan menutup alatan-alatan berkaitan elektrik selama satu jam pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.


Eiffel Tower, Twin Tower dan ribuan mercu tanda setiap negara juga menyertainya. Jutaan penduduk dunia juga menyokongnya. Ayuhlah, jadi satu di antara mereka!

creadit: ohdaus

p/s jom malam ni kengkawan mis,,,kita off smua lampu yg ada,,,termasuk lampu lptop...hihiihihih...hanya selama 1 jam bermula jam 8.30mlm-9.30mlm,,,,,,,,,,,sebagai sokongan kepada bumi kita!!!!!!

Wednesday, March 23, 2011

AKU adalah PENGANGGUR~~~~

23 december 2010- 23 march 2011...

genap 3 bulan bergelar Penganggur sepenuh masa...
bak kata omputeh...Full time,,,
bangun tido..mandi..makan...wat kje skit2...pastu makan..tgok tv...fb...tdo...
tu jer lah rutin harian...
sebelom mner2 lamaran datang bertandang...
ops..LAMARAN????
kawen ker???hihi..bukan lah..lamaran kerja lah,,JOB...
tawen tu lambat ag lah...
calon xdak lagi....

aper pon..
hari-hari ku sangat membosan kan...

p/s mood:: nak tido..hope esok ader lah col dr mner2 sepital...pgl interview..Aminnnnn

Tuesday, March 22, 2011

aYam oh aYam

harga ayam naik lagi......
Sekilo cecah harga RM8.50-RM9.90????
Korang bayangkan betapa jauh beza sebelum nie,
boleh beli dengan harga RM6.50/kilo dan paling mahal pun RM7.80/kilo.

mahal camne pun, orang beli jugak


sumber hmetro,,,bharian

p/s mcm mner mama mis nk wat sate ni??? ayam makin naik harga......xkn nk naikkan harga sate gak kot....huuuuuhuhuhu

aku cemburu!!!!


Cemburu,kata orang cemburu tandanya sayang.Rasa cemburu mula terasa apabila takut akan kehilangan sesuatu yang dimiliki.Saat perpisahan lalu mengenang akan segala memori membuatkan akan hati,kehilangan kasih disisi.Rasa yang begitu terlalu ingin melindungi akan kekasih hati sampai merosakkan perhubungan sendiri.

Sebegitu besar akan impak sesuatu perhubungan itu jika perkara sebegini terjadi.Dalam perhubungan perlu ada sifat saling mempercayai antara satu sama lain,saling menyokong jika saling memerlukan.Usah terlalu takut akan kenangan silam yang menghantui akan diri kehilangan kasih yang ada.Melihat akan si dia begitu mesra bersama-sama rakannya membuatkan diri seakan tidak kena.Dua watak yang saling berbeza dalam satu perhubungan,namun jika antara satu sama lain mempercayai akan pasangan yang ada perkara sebegini tidak akan terjadi.

Sekiranya takut akan kehilangan tidak perlu seakan mengongkong akan si dia.Usah terlalu cemburu buta dalam membina sesuatu perhubungan.Kerana sifatnya manusia itu sendiri perlukan kebebasan.Andai si dia punya rakan yang ramai bertegur sapa lah akan rakannya juga.Kerana dia juga punya hak dalam kehidupan.Berilah sedikit ruang padanya untuk bersama-sama rakannya.Kerana apabila dia bersama rakannya banyak hal bicara yang akan dikongsikan,kadang-kadang tidak semua hal akan diceritakan pada kita.

Fahami akan perasaan si dia.Bukan sekadar cinta mengungkapkan katanya sayang,namun hargai dan selami hati akan perasaan hati insan yang dikasihi.Cemburu juga tidak salah,asal kena pada waktu dan ketikanya.

p/s cemburu nyer tgok kawan2 mis yg ader pkwe .....ader jer org yg amik berat kan..ish....

Saturday, March 19, 2011

ding d0ng..........23th




pagi2 lagi aku dh terbau kek ni...tQ mama buat kan....mmuahhh

mama bg.....cyg mama

bday Gurl~~


ALHAMDULILLAH>>>>>>>
terima kasih mama kerana lahir kan along 23 tahun yg lepas.....

p/s hope esok n hari2 mendatang ada surprise yg mnunggu mis....aminnnn

Thursday, March 17, 2011

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air


WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa


WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan


WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja


WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri


p/s miss purple adalah Wanita Air.....

:: untuk lebih lanjut klik sini

Sunday, March 13, 2011

CABUTAN FOLOWER BERTUAH

bulan MARCH ni harap memberi miss kejutan,,
miss ader join 1 blog...
yg macam tajuk entry kat atas tu..
~ cabutan folower bertuah~

harap lah mis ni bertuah..dan menjadi pemenang nyer...
semua adalah pemenang....xda pengalah okey..
hihihihiihih

untuk cite panjang..
meh jenguk kat empunya blog ni...

~Nak join cinonex crew !!!!!


hye smua orang2 kampo00ng....!!!!
cantek tak nama header kat ats tu??
~~CINONEX~~
header kt atas tu header milik CINONEX.
Jom tengok blog dia.(bonus di ctu)
klik je kat nama dia tu.
blog dia simple.
tapi
cantik
dan
kemas.. tertari menarik di kaw mmg da bo0mm....
segalanya tersusun dengan begitu teratur..
tak ada la finin2 kepala otak nak tengok..
huhu..

Saturday, March 12, 2011

Malaysia akan di landa Tsunami..adalah khabar angin!!!!

Tiada Amaran Tsunami Akan Berlaku Di Malaysia

Jangan Cemas!


Earthquake Information
A strong earthquake has occured with these revised parameters:
Time of Occurrence : 10.03pm at 12 March 2011
Coordinates : 38.6 North 142.7 East
Location : Near East Coast of Honshu, Japan.412km Northeast of Tokyo, Japan.4380km Northeast of Kudat, Sabah.
Magnitude : 6.2 on Richter scale
Assessment
No tsunami threat to Malaysia.

::sumber::

p/s jangan dengar khabar angin tanpa bukti yang sahih,,yer ~~~~~

~~sate SABIDA

sate SABIDA = che sab + faridah

sebatang sate = 50 sen

sate ayam + nasi himpit + kuah kacang


panassss......panasss,,,,,,,,



aku sebagai pembantu jual sate mama......

p/s :: ni lah part tyme miss purple sepanjang bergelar penganggur terhormat......sekian...

p/s nak tempah sila2 lah dail yang tertera deh,,tapi area kuantan jer ler,,hihihiihih

Jepun ranap

Gempa bumi akibatkan gelombang tsunami 10m jejas ekonomi Tokyo


ANTARA kemusnahan angkara tsunami yang melanda Jepun semalam.


NOTHING else~~~


Ianya satu perasaan yang begitu sempurna yang dimiliki secara semulajadi.

Anugerah Ilahi yang tidak ternilai…

Kasih sayang adalah perasaan iaitu satu rasa di dalam hati yang mendalam,

terasa teramat sayang terhadap seseorang.

Rasa murah hati,

rela memberi,

mahu memahami,

rela memaafkan juga mahu ambil tahu.

Rasa itu adalah rasa peduli terhadap seseorang,

menjaga,

menghargai,

menghormati

dan

melindungi…



Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun !!!!!


Jepun digemparkan dengan gempa bumi dengan skala 8.9 dan telah mengakibatkan tsunami setinggi 13 kaki ataupun 4 meter melanda negara maju itu. Kejadian tsunami itu telah memusnahkan kenderaan dan juga bangunan yang berhampiran dengan pusat gempa bumi itu..Kapal-kapal besar dan kereta-kereta habis dihanyutkan oleh ombak deras tsunami tersebut..

Ombak dikatakan setinggi 10 meter dilaporkan melanda kawasan tertentu menyebabkan banyak kecederaan dan kemusnahan.

Info : hmetro

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" - ar-Rum (41)



P/s: Inilah kebesaran kuasa Tuhan. Bagaimana canggih sesebuah negara tu, masih tidak mampu mengalahkan kebesarannya. Semoga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi Allah. Amin.

welcome t0 FACEBLOG.....




assalamualaikum,.:)

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

P/S sy dgn pnh pengakuan,..telah hanya mengCOPY & PASTE shaja prkara di atas,.heee..:D
so laZZYYy!!!
hihihi [❤‿❤_tb] [ʘ‿-_tb]

~~1st Anniversary de PuRpLe LaVenDer


pejam celik pejam celik dah setahun rupanya blog miss purple ni. dengan entri yang entah apa apa yang macam kebudak budakkan yang macam bila u ols baca pun rasa nak hempuk ja lappy u ols haha tapi apa apa pon,

SELAMAT ULANGTAHUN BLOG!
~~~PURPLE LAVENDER~~~
sayang u ketat ketat lah

blog, engkau la tempat miss bermanja tempat meluah perasan meluahkan ketidakpuasan hati miss. tanpa u blog, miss pun tidak tahu mahu mengadu pada siapa. yang paling best bila orang lain pun baca luahan miss,, baca kata kata miss. haaa, best tak u blog?

semoga selepas ini miss dapat menampilkan entri entri yang lebih matang. hehe. dan oh, terima kasih kepada anda anda dan anda semua yang sudi jadi follower miss, jadi pembaca setia miss, jadi stalker miss (ada ka orang nak stalk miss HAHA), jadi orang yang suka buka blog miss dan semua lah! tanpa anda, siapa lah daku. cewah

Wednesday, March 9, 2011

awak......i need ur phone call


That's all it takes, just a phone call! Nak tahu dia berminat atau tidak, you just need a phone call. Nak tahu dia suka, dia rindu, dia nak kat kita... you just need a phone call, That's all! :) Hehe...

Kalau tak juga phone, tak ada call, tak nak lah tuuu... boleh perlahan-lahan cari yang lain. Sebab, tidak ada apa-apa alasan jika tak boleh call. Everyone ada handphone yang melekat bagai tertanam kat tubuh sendiri tu. Kalau tak call juga, samada dia tak berminat, atau dia tak serius sangat ataupun "Al khedekhut ni wal mampusi" :P hahaha!!

Apabila rasa cinta mulai bersemi, rasa exciting, punyalah suka, rasa macam naaaaak sangat kenal... PASTI dia akan call. Kita tidak perlu untuk menunggu lama actually, dalam seminggu dia dapat phone number you, definitely dia akan call. Some of them, dalam sehari dua dah call ATAU akan sms dulu bagi ayat-ayat memikat...


The next step will be definitely a call! It shows, that how much the person suka kat you dan ingin berkenalan dengan lebih lanjut. BUT, another thing yang susah sikit is...the phone number. Susah juga kalau dia tak minta pun phone number you. Sedangkan orang lain semua minta, tapi dia tak minta! Fuhhh...how la? Kita nak dia call kita...


NOW, what is your next job?...tungguuuu! Yes...tunggu je lah. Bila dia call berilah suara yang paling romantik, atau sangat manja, suara yang memikat habis! Ketawa manja-manja lagilah menarik haha...The first impression, last! So, you kena make it work on the first phone call! Do whatever as simple as you can jangan look desperate!

Standby simplest line to say about life supaya dia rasa relax, tidak tertekan dan mahu call lagi. JANGAN sesekali anda mulakan percakapan dengan, “Oh God I miss you already, ingatkan you dah tak call I dah!” - NOOOO!!!

So, all in all...just a phone call away, to know is he/she interested with you or is he/she not interested with you. Simple!...

Kerana, jika cinta masih ada, dia PASTI make a PHONE CALL to you walau jauh di seberang laut cina selatan hehe... ok, Good luck!


p/s how long i must wait till da tyme was coming dear?????

ku azman

Saturday, March 5, 2011

jOM uNDI ......!!!!



MARI LAH KENGKAWAN MISS
UNDI MISS DALAM PENCARIAN 10 BLOG TERCANTIK 2011...
MISS BERADA DI NO 22,,KUMPULAN 2....
VOTE MIS KAT PETAK YANG DI SEDIA KAN.....
OK,,,
MISS CHAYANG KAMOOO.

tengah berkempen ni..
sehangat kempen di Merlimau dan di Kerdau,,
hihihihiih

ku menunggumu.....

Ku menunggu

ku menunggu kau putus dengan kekasihmu

takkan ku ganggu kau dengan kekasihmu

ku kan selalu disini untuk menunggumu

cinta itu,

ku berharap kau kelak cintai aku

saat kau tak bersama kekasihmu

ku lakukan semua agar kau cintai aku

haruskah ku bilang cinta

hati senang namun bimbang

ada cemburu juga rindu

ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta

hati senang namun bimbang

kau sudah ada yang punya

ku tetap menunggu

datang padaku

ku tahu kelak kau datang kepadaku

saat kau sadar betapa ku cintaimu

ku kan selalu setia untuk menunggumu